City ke separuh akhir buat kali kedua - Utusan Malaysia

City ke separuh akhir buat kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DORTMUND: Ilkay Gundogan mengakui, Manchester City turun dengan perasaan ‘takut akan kalah’ sebelum mempamer aksi hebat untuk menumpaskan Borussia Dormund 2-1 pada suku akhir kedua Liga Juara-Juara hari ini.

Skuad bimbingan Pep Guardiola mara ke separuh akhir secara agregat 4-2 biarpun bermula cemas selepas Jude Bellingham meletakkan Dortmund di depan hanya 15 minit selepas aksi di Signal Iduna Park bermula.

City bagaimanapun bangkit pada babak kedua menerusi jaringan Riyad Mahrez dan Phil Foden, sekali gus menempah pertemuan separuh akhir dengan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).

“Hari ini, kami sekali lagi menunjukkan karakter.

“Kami tidak beraksi baik pada 15 minit pertama. Kami bergelut dan terlalu takut akan mengalami kekalahan.

“Selepas melepaskan gol pertama, kami kembali menguasai permainan dan mula mencipta peluang. Sasaran kami adalah mencari gol sebaik saja babak kedua bersambung.

“Sejak awal kami tahu perlawanan ini pasti sukar. Dortmund adalah pasukan yang berkualiti dan sesiapa saja boleh menang malam ini,” kata Gundogan kepada BT Sport.

City kini melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali kedua sejak melakar sejarah kelab pada musim 2015-2016.

Pep Guardiola juga menamatkan penantian untuk layak ke peringkat empat terbaik sejak kali terakhir melakukannya bersama Bayern Munich. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya