fbpx

Bola sepak wanita, pantai dan futsal keutamaan FAM, AFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan bekerjasama rapat dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam meningkatkan pembangunan bola sepak wanita, futsal juga bola sepak pantai.

Perbincangan itu dicapai dalam mesyuarat tertutup di antara Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan Presiden AFC, Shaikh Salman Ibrahim Al Khalifa dalam di Manama menjelang Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif AFC ketujuh bagi penggal 2019-2023.

Hadir sama, Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John.

Hamidin yang juga ahli jawatankuasa eksekutif AFC turut membincangkan keperluan dua hala FAM dengan badan induk itu serta tiga cabang pembangunan itu membabitkan hala tuju pasukan kebangsaan serta pertandingan domestik.

“Shaikh Salman menekankan perlunya tiga cabang itu, iaitu pembangunan bola sepak wanita, futsal dan bola sepak pantai supaya diberi lebih penekanan dengan beberapa pendekatan strategik.

“Beliau juga turut menegaskan prestasi pasukan bola sepak kebangsaan harus sentiasa dipantau dan digarap secara lebih profesional agar mutu bola sepak Malaysia mencapai tahap lebih baik.

“FAM berpuas hati dengan komitmen Shaikh Salman dan AFC dalam membantu memartabatkan lagi pembangunan bola sepak, bola sepak wanita, futsal dan bola sepak pantai di Malaysia pada masa akan datang,” katanya.