Arsenal 'mengganas' di Prague - Utusan Malaysia

Arsenal ‘mengganas’ di Prague

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRAGUE: Arsenal meledak tiga gol dalam tempoh enam minit babak pertama untuk membenam Slavia Prague 4-0 pada suku akhir kedua Liga Europa hari ini.

Nicolas Pepe, Alexandre Lacazette serta Bukayo Saka mencetak gol di antara minit ke-18 dan 24, sebelum Lacazette menambah gol keempat Gunners pada babak kedua, sekali gus membawa mereka ke separuh akhir secara agregat 5-1.

Arsenal kini akan menentang Villareal, pasukan yang dibimbing bekas jurulatih mereka, Unai Emery pada separuh akhir bermula 29 April.

Kelab Sepanyol itu menyingkirkan Dinamo Zagreb secara agregat 3-1 selepas menang 2-1 pada suku akhir kedua hari ini.

VILLARREAL bakal menanti Arsenal pada separuh akhir selepas menyingkirkan Dinamo Zagreb.

Gunners mesti menjuarai Liga Europa jika mahu melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan kerana peluang untuk layak atas tiket Liga Perdana Inggeris tampak sukar selepas menghuni tangga kesembilan.

Pepe menewaskan penjaga gol Slavia, Ondrej Kolar menerusi rembatan jarak dekat untuk membuka jaringan Arsenal pada minit ke-18.

Lacazette menggandakan kedudukan 2-0 menerusi sepakan penalti tiga minit kemudian selepas Saka dijatuhkan pemain lawan, Jakub Hromada.

Beraksi di Eden Arena langsung tidak memberi kelebihan buat Slavia, sebaliknya tuan rumah dihukum dengan gol ketiga Arsenal pada minit ke-24.

Gol peribadi kedua Lacazette yang disempurnakan menerusi rembatan kaki kiri pada minit ke-77 melengkapkan aksi cemerlang Gunners.

Arsenal masih mampu memberikan persembahan bertenaga sekalipun tanpa kapten, Pierre-Emerick Aubameyang yang dimasukkan ke hospital akibat malaria, manakala Martin Odegaard diketepikan akibat kecederaan buku lali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.