Arsenal lega biarpun kalah - Utusan Malaysia

Arsenal lega biarpun kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VILLARREAL: Rapuh di benteng pertahanan dan menyerang tanpa strategi, Arsenal bernasib baik hanya tumpas 1-2 serta meraih gol tempat lawan ketika menentang kelab bimbingan bekas jurulatih mereka, Unai Emery, Villarreal dalam separuh akhir pertama Liga Europa pagi tadi.

Ketinggalan 0-2 pada babak pertama dan kehilangan seorang pemain di minit ke-57 selepas Dani Ceballos dibuang padang, semuanya tampak tidak berpihak kepada Gunners.

Bagaimanapun, sepakan penalti yang disempurnakan oleh Nicolas Pepe pada minit ke-73 memberi sedikit harapan buat anak-anak buah Mikel Arteta.

Villarreal kemudian kehilangan pemain tengah, Etienne Capoue yang dibuang padang, 10 minit sebelum tamat permainan, sekali gus menyukarkan mereka untuk menambah gol.

SEPAKAN penalti Nicolas Pepe memberi sedikit harapan buat Arsenal.

Dari pasukan yang hambar dan tidak punya harapan di awal permainan, Arsenal kini berbekalkan satu gol tempat lawan berpeluang untuk bangkit pada aksi kedua di Stadium Emirates, London minggu depan.

“Melihat kepada permainan kami hari ini, sekalipun kalah namun ini keputusan terbaik buat pasukan kerana tidak kalah lebih teruk,” kata Arteta.

Arsenal tidak boleh mengulangi kesilapan sama di London jika mahu mencari tiket final. Mereka perlu ada strategi dan perancangan jauh lebih baik berbanding hari ini.

“Semua terpulang kepada kami. Kami memberi peluang kepada diri sendiri di Emirates,” kata Bukayo Saka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya