United lebur rekod tanpa kalah City - Utusan Malaysia

United lebur rekod tanpa kalah City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer memuji kerja keras Manchester United ketika menamatkan rekod 21 perlawanan tanpa kalah Manchester City dengan melakar kemenangan 2-0 di Etihad pagi tadi.

United kekal di tangga kedua Liga Perdana Inggeris dengan 54 mata, 11 mata di belakang City ketika liga berbaki 10 perlawanan.

Biarpun Red Devils masih sukar untuk mencabar kejuaraan, namun Solskjaer gembira dengan persembahan pasukannya terutama gol kedua yang dihasilkan Luke Shaw.

Anthony Martial juga cemerlang mempamer aksi serba boleh, manakala Bruno Fernandes mencetak nama sebagai penjaring dengan menyudahkan sepakan penalti di minit keenam.

PEMAIN Manchester United meraikan kejayaan menumpaskan Manchester City hari ini.

“Kami telah banyak menderita. Pemain-pemain ini bekerja keras untuk memperbaiki keputusan pasukan.

“Pengalaman yang kami lalui mampu membantu pasukan menghadapi cabaran akan datang.

“Masih ada 10 perlawanan menunggu. Mereka (City) terlalu jauh di depan , jadi kami tidak harus memikirkan tentang mereka hanya cuba memenangi semua baki perlawanan,” kata Solskjaer. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.