Status baharu De Paula gembirakan Perak - Utusan Malaysia

Status baharu De Paula gembirakan Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC mendapat khabar gembira menjelang sepak mula Liga Super, Jumaat ini selepas penyerangnya,  Guilherme de Paula sah mendapat taraf pemain naturalisasi.

Permohonan naturalisasi De Paula dibuat bersama Liridon Krasnaggi tetapi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu lebih dahulu berjaya diberikan taraf pemain tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Rizal Ali Naizali mengesahkan bahawa De Paula dari Brazil itu sudah menjadi pemain tempatan.

“Ya dia sudah menjadi pemain naturalisasi,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Dengan pemberian taraf naturalisasi itu bererti Perak FC mempunyai kekosongan kuota import tambahan.

Setakat ini Perak hanya menggunakan empat pemain import iaitu De Paula, Raianderson Da Costa Morais atau Careca, Leandro Dos Santos dan Shakir Hamzah.

Shakir adalah muka baru dalam pasukan itu yang menyertai Perak dari naib juara Liga Super 2020, Kedah.

Bagaimanapun Rizal tidak menyatakan perancangan sama ada akan mengambil pemain baru atau tidak memandangkan tarikh pendaftaran pemain sudah terlalu hampir.

Sebelum ini Perak pernah bercadang mengambil pemain Timur Tengah tetapi tidak menjadi kenyataan Kerana kesuntukkan masa.

Bagaimanapun pasukan Yob berpeluang mengisi kekosongan itu apabila tingkap perpindahan kedua dibuka nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya