Selangor sedia gempur - Utusan Malaysia

Selangor sedia gempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dalam usaha meraih tiga mata pada pertemuan sulung Liga Super, Selangor sanggup melakukan ‘kerja rumah’ yang banyak untuk berdepan Sri Pahang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.

Pengendali Selangor, Karsten Neitzel berkata, pasukannya sudah bersedia sepenuhnya sambil mengakui bukan mudah untuk memilih kesebelasan utama menentang skuad Tok Gajah.

“Saya sangat gembira kerana kami mempunyai lebih sebelas pemain yang bersedia mendapatkan tempat dalam skuad utama dan situasi ini sesuatu yang bagus buat pasukan.

KARSTEN Neitzel bakal diuji buat kali pertama sebagai pengendali Selangor.

“Dalam tempoh beberapa perlawanan akan datang, saya amat memerlukan semua pemain untuk bersedia kerana kita akan lalui satu musim yang panjang.

“Berdepan Pahang, kami telah melakukan banyak kerja rumah dan tidak boleh memandang rendah akan kemampuan mereka yang punyai kualiti tersendiri dalam kalangan pemain yang mereka ada.

“Adanya Mamadou (Wague) serta (Herold) Goulon, Pahang sememangnya cukup kuat pada aspek fizikal di bahagian pertahanan selain Lee Tuck dan Nor Azam, dua pemain yang mampu menjadi perancang utama.

“Selain itu, Pedro (Henrique), Baqiuddin (Shamsudin) dan Nur Izzat punyai kelajuan yang membahayakan di bahagian serangan, jadi kami perlu sentiasa disiplin dalam mengawal mereka apa jua situasi jika mahu menang dalam perlawanan itu nanti,” kata Neitzel.

TOK GAJAH SERBA TEMPANG

Sementara itu, Pahang berdepan kerisauan dengan krisis kecederaan yang melanda dalam kalangan pemain utama mereka, meletakkan pasukannya sukar berikan cabaran bermakna kepada Selangor.

Antara pemain terbabit ialah ketua pasukan, Lee Tuck, serta tiga pemain import lain iaitu Goulon, Wague dan Pedro serta bekas pemain baharu Perak FC, Hafiz Ramdan.

Begitupun pengendalinya, Thomas Dooley menganggap pertemuan dua gergasi bola sepak tempatan itu adalah seimbang.

LEE TUCK

“Saya tidak mahu terlalu yakin meletakkan sasaran untuk Pahang kerana Selangor juga membuat persediaan rapi, mereka dilatih jurulatih dari Jerman, begitu juga pemain import dari negara sama,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya