Red Giants ambil masa serap DNA Jerman - Utusan Malaysia

Red Giants ambil masa serap DNA Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemenangan dalam aksi pertama Liga Super, Sabtu lalu memberi suntikan motivasi untuk Selangor FC menjelang pertemuan dengan Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini.

Biarpun sedar, bakal berdepan tentangan sengit di laman lawan tetapi pengendali Selangor Karsten Neitzel menaruh kepercayaan penuh kepada anak buahnya tidak pulang dengan tangan kosong.

Tambah beliau, sudah tentu untuk menerapkan DNA Jerman dalam permainan pasukan Red Giants memerlukan masa.

“Saya sangat yakin pasukan mampu mempamerkan aksi baik untuk perlawanan nanti (menentang Terengganu FC). Tekanan dalam setiap perlawanan ada, malah sebaik sahaja menerima tanggungjawab membimbang Selangor ia sudah dirasai.

“Kita perlu tunggu, lagipun tempoh pramusim adalah singkat dan latihan pemain bersama pasukan (tidak sampai sebulan). Sejujurnya memerlukan masa (terap DNA Jerman),” katanya.

BRENDAN GAN

Sementara itu, ketika ditanya adakah Brendan Gan dapat diturunkan dalam perlawanan menentang TFC selepas tonggak Harimau Malaya itu tidak diturunkan ketika Red Giants melakar kemenangan ke atas Sri Pahang.

“Tentang Brendan Gan, saya harap dia dapat menyertai pasukan secepat mungkin kerana hanya mengalami kecederaan ringan di buku lali,” ujarnya.

Selangor FC berpeluang untuk terus menerajui takhta Liga Super seandainya berjaya melakar kemenangan ke atas skuad Penyu namun mungkin dipintas oleh Johor Darul Ta’zim (JDT), sekiranya pasukan di tangga kedua itu mampu melakar kemenangan besar ke atas Pulau Pinang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya