Pearly, Thinaah teruskan langkah sensasi - Utusan Malaysia

Pearly, Thinaah teruskan langkah sensasi

PEARLY TAN-M. THINAAH (UTUSAN)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masih segar dengan kejayaan menjuarai Terbuka Switzerland,
Pearly Tan -M. Thinaah meneruskan rentak cemerlang apabila mengejutkan pilihan keempat, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai dari Thailand untuk mara ke pusingan kedua All England awal pagi tadi.

Membuat penampilan sulung dalam kejohanan badminton tertua di dunia, beregu wanita negara itu tidak gentar untuk mencatat kemenangan 21-17, 23-21 di Birmingham.

Pasangan No. 22 dunia itu yang merangkul kejuaraan sensasi pada Terbuka Switzerland dua minggu lalu kini akan bertemu pasangan ranking ke-466 dari England, Jenny Moore-Jessica Hopton hari ini.

“Ia agak mengejutkan dan kemenangan yang tidak dijangka buat kami.

“Kami amat mempercayai satu sama lain dan berkomunikasi dengan baik di atas gelanggang.

“Kami amat teruja dapat berada di sini kerana ini adalah penampilan pertama kami dalam All England.

“Dapat memenangi perlawanan pertama adalah pencapaian besar buat kami,” kata Pearly.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki No. 1 negara, Lee Zii Jia turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Brian Yang dari Kanada 21-13, 21-10.

Zii Jia kini akan berdepan pemain Denmark, Hans-Kristian Solberg Vittinghus bagi perebutan tiket ke suku akhir hari ini.

Dalam beregu lelaki, dua pasangan profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin melangkah ke pusingan kedua.

V Shem-Wee Kiong menang ke atas pasangan Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel 21-11, 21-18 dan akan bertemu Mathias Christiansen-Niclas Nohr dari Denmark untuk merebut tempat ke kelompok lapan terbaik.

Ee Yi-Yew Sin pula yang menang ke atas beregu India, M.R Arjun-Dhruv Kapila 21-13, 21-12 di pusingan pertama akan menentang pilihan keempat dari Jepun, Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya