Negeri Sembilan raih 3 mata pertama - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan raih 3 mata pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: K. Devan menunjukkan magisnya apabila membawa Negeri Sembilan FC (NSFC) menewaskan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) 2-1 pada aksi sulung Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini sebentar tadi.

NSFC menggunakan peluang beraksi di tempat sendiri dan berjaya menjaringkan gol pembukaa  menerusi ketua pasukan, Zaquan Adha Abd. Razak pada minit ke-23 hasil sepakan penalti.

Seminit sebelum tamat separuh masa pertama, JDT II berjaya menyamakan kedudukan menerusi Mohamad Rafiefikri Mohd Rosman.

Memasuki separuh masa kedua, NSFC melakukan serangan bertalu-talu dan hasilnya mereka diberi peluang menerusi sepakan penalti yang kemudiannya disempurnakan pemain import, Alain Thierry Akono Akono pada ke-51 itu dijaringkan oleh Alain Thierry Akono Akono.

JDT II cuba mencari gol penyamaan namun NSFC kental bertahan sehingga tamat perlawanan.

NSFC meraih tiga pertama menewaskan JDT II 2-1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya