MU kekal 'hijau' - Utusan Malaysia

MU kekal ‘hijau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) memperkenalkan tiga jersi baharu skuad Melaka United (MU) bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia musim 2021.

Warna hijau muda terus kekal menjadi tradisi skuad MU apabila bermain di gelanggang sendiri dan warna kelabu untuk bertandang ke tempat lawan manakala jersi ketiga pula akan dilancarkan April ini.

Jersi baharu itu akan digunakan dalam perlawanan pertama Liga Super apabila MU menanti kunjungan Sabah di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini.

Buat pertama kalinya majlis pelancaran jersi tersebut dilakukan secara dalam talian oleh Presiden MUSA yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

JERSI ‘away’ Melaka United.

Majlis serba ringkas sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu berlangsung di Stadium Hang Jebat pada waktu rehat sewaktu perlawanan pra-musim, MU menentang Kelantan FC.

Yang turut hadir Timbalan Presiden MUSA, Datuk Mohd. Yusof Mahadi, Ketua Eksekutif Melaka United FC Sdn Bhd., Datuk Mohd. Saiful Mat Sapri serta tiga Naib Presiden, Datuk Shahdan Othman, Datuk Sazali Muhd. Din serta Datuk Khairi Anuar Ahmad.

Berucap secara maya di laman sosial Facebook MUSA, Sulaiman mengucapkan terima kasih atas kepercayaan syarikat menjual pelbagai produk barangan sukan termuka, Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. yang menjadi penaja rasmi jersi MU buat musim kedua.

“Saya pasti, ramai penyokong sudah rindukan hendak ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Namun, berikutan situasi pandemik Covid-19 yang masih menular di negara ini, penyokong tidak dibenarkan datang ke stadium.

“Doakan semoga penularan Covid-19 dapat diatasi barulah peminat boleh datang ke stadium tetapi buat masa ini peminat setia MU perlu menonton di televisyen yang akan disiarkan secara langsung,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya