Melaka 'semput' sebelum seri - Utusan Malaysia

Melaka ‘semput’ sebelum seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kelebihan beraksi di laman sendiri dan turun dengan empat pemain import gagal digunakan sebaiknya oleh Melaka United apabila sekadar seri 1-1 dengan Sabah FC dalam perlawanan pembuka tirai di Stadium Hang Jebat di sini, sebentar tadi.

Anak buah jurulatih, Zainal Abidin Hassan ternyata tersentak dengan jaringan bersahaja pemain tengah Sabah, Hamran Peter pada minit ke-46, meskipun Melaka United jelas menguasai perlawanan.

Hujan lebat sejak petang sedikit sebanyak menganggu rentak kedua-dua pasukan yang mana hantaran-hantaran cantik tidak berjaya disudahkan penyerang berikutan keadaan padang yang basah dan licin.

 

PEMAIN Melaka United, Alex Dos Santos Goncalves (kanan) diasak oleh Taesu Park pada saingan Liga Super 2021 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

Kegusaran Zainal Abidin sedikit terubat apabila S. Kumaahran muncul penyelamat tuan rumah dengan meledak gol penyamaan pada minit ke-63.

Keputusan itu menyaksikan kedua-dua pasukan kini berkongsi satu mata.

Melaka United ternyata memiliki lebih banyak ruang dan peluang berbanding lawan, namun gagal disudahkan dengan baik.

Antara percubaan terbaik hadir seawal minit kedua dan ketiga, apabila gandingan penyerang, Sony Norde dan Alex dos Santos berjaya membolosi barisan pertahanan Sabah FC.

Kedua-dua pasukan juga terlihat sedikit agresif yang mana pengadil perlawanan, Khirulazuan Kidam terpaksa melayangkan tiga kad kuning apabila sesekali berlaku aksi kekerasan.

Keputusan kekal satu sama sehingga wisel penamat ditiupkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya