Masa Salah di Anfield hampir tamat? - Utusan Malaysia

Masa Salah di Anfield hampir tamat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ejen Mohamed Salah, Ramy Abbas Issa memberi bayangan masa depan peledak sensasi Mesir itu di Liverpool mungkin sudah tiba di penghujung selepas dia tidak gembira dikeluarkan ketika Reds tewas 0-1 kepada Chelsea semalam.

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris itu, Salah dikeluarkan pada minit ke-62 selepas enggan membantu pertahanan ketika Blues melakukan serangan.

Jurgen Klopp mengeluarkannya untuk diganti dengan Diego Jota yang baru pulih daripada kecederaan.

Pengendali Jerman itu menjerit ke arah bintang Mesir tersebut menyuruh dia membantu pertahanan, namun Salah hanya berlari tanpa mempedulikan arahan Klopp.

STATUS Ramy Abbas Issa dalam Twitter mencetus tanda tanya.

Ramy memuat naik status noktah di Twitter sejurus kekalahan itu dan memberi bayangan tempoh Salah di Anfield sudah tamat.

“Saya sangat terkejut Salah dikeluarkan. Dia kelihatan sangat tidak gembira dengan keputusan itu.

“Liverpool memerlukan gol dan dia penjaring terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris,” kata legenda Liverpool, Jamie Carragher.

Salah, 29, kini mendahului senarai penjaring terbanyak liga dengan 17 gol, diikuti bintang Bruno Fernandes (15) dan kapten Tottenham, Harry Kane (14).

Dalam perlawanan itu, Liverpool gagal melakukan sebarang percubaan tepat ke arah gawang Chelsea.

Selepas 68 perlawanan tanpa kalah di Anfield lebur Januari lalu, juara Inggeris itu terus melakar prestasi buruk.

Reds kini jatuh ke tangga ketujuh dengan 43 mata, empat mata di belakang Chelsea. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.