'Klopp' teruja jumpa JDT - Utusan Malaysia

‘Klopp’ teruja jumpa JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pulau Pinang menghormati reputasi hebat Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai juara tujuh kali berturut-turut, namun sedikit pun tidak gentar apabila berdepan Harimau Selatan dalam aksi kedua Liga Super malam ini.

Pengendali Pulau Pinang yang terkenal dengan julukan, ‘Jurgen Klopp Malaysia’, Tomas Trucha percaya, beliau mempunyai barisan pemain yang mampu memberi saingan kepada JDT dan memberi kejutan kepada gergasi Liga Malaysia (Liga M) itu.

Gandingan baik pertahanan yang diketuai Ryuji Utomo dan Rafael Vitor menjadi sandaran untuk mengekang jentera serangan lawan, manakala Samuel Somerville mampu menjadi benteng terakhir.

“Saya memang menantikan pertemuan menentang JDT kerana apabila menentang lawan yang kuat, kita boleh nampak di mana tahap sebenar pasukan dan nilai segala kelemahan selepas perlawanan.

“Kami juga sudah mempunyai perancangan dan taktikal untuk memberi kesukaran kepada JDT. Pulau Pinang tidak akan tewas mudah,” katanya semalam.

Menurut Trucha, beliau berpuas hati dengan prestasi baik pasukannya ketika menumpaskan Kuala Lumpur City 1-0, Sabtu lalu untuk mengutip tiga mata pertama liga.

“Kami adalah pendatang baharu Liga Super, JDT pula menjuarai kejohanan ini tujuh kali berturut-turut. Sudah tentu kami menghormati mereka tapi dalam masa sama, kami tidak perlu rasa sebarang tekanan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya