Juventus tagih magis Ronaldo - Utusan Malaysia

Juventus tagih magis Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN: Selepas kalah 1-2 dalam perlawanan pertama, Juventus berdepan misi ‘hidup mati’ Liga Juara-Juara apabila menerima kunjungan Porto di Turin pada pusingan 16 akhir esok (4 pagi Rabu waktu Malaysia).

Gergasi bola sepak Itali itu melakukan persiapan terbaik, termasuk merehatkan bintang penyerang, Cristiano Ronaldo ketika menumpaskan Lazio 3-1 dalam aksi Serie A kelmarin bagi memastikan mereka benar-benar bersedia bertemu Porto.

Juventus amat terdesak untuk memenangi perlawanan tanpa dibolosi bagi meraih tiket ke suku akhir.

Pada 2018, Ronaldo, 36, dibawa masuk dengan misi membantu skuad Bianconeri merampas kembali kejuaraan Eropah yang kali terakhir dimenangi pada 1996.

Pengalamannya merangkul lima trofi Liga Juara-Juara (empat bersama Real Madrid, satu Manchester United) diharap mampu membawa kejayaan buat Juve di pentas Eropah.

Selepas gagal dalam dua percubaan, satu lagi kegagalan mungkin menyebabkan bintang Portugal itu meninggalkan Juventus lebih awal.

“Cristiano memberi nilai tambah kepada pasukan dan dia sudah meledak 20 gol buat pasukan musim ini.

“Kami merehatkannya (bertemu Lazio) bagi memastikan dia cukup cergas untuk berdepan Porto. Dia sudah beraksi dalam banyak perlawanan, jadi dia perlukan sedikit rehat,” kata Pirlo.

Porto pula terpaksa membayar harga tinggi ketika menumpaskan Gil Vicente 2-0 dalam saingan liga Portugal kelmarin apabila bertandang ke Itali dengan beberapa isu kecederaan.

Menurut akhbar Tuttosport via Ilbianconero, dua tonggak penting, Pepe dan Jesus Corona yang meninggalkan perlawanan itu lebih awal berisiko direhatkan pada pertemuan dengan Juventus.

Pepe mengalami kecederaan betis, manakala Corona berlaga kepala dalam perebutan bola di udara.

Kedua-dua pemain memainkan peranan penting dalam skuad Sergio Conceicao, termasuk ketika memenangi perlawanan pertama, 18 Februari lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya