Inter terus ungguli Serie A - Utusan Malaysia

Inter terus ungguli Serie A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Gol tunggal Milan Skriniar pada minit ke-54 memastikan Inter Milan selesa dengan kelebihan enam mata di tangga teratas Serie A selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Atalanta hari ini.

Inter meneruskan rentak kemenangan ketujuh berturut-turut dalam usaha untuk merangkul kejuaraan Liga Itali buat kali pertama sejak 2010.

Skuad bimbingan Antonio Conte mengatasi pasukan tangga kedua, AC Milan yang menewaskan Hellas Verona 2-0 semalam.

Juara bertahan, Juventus pula ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu tetapi masih memiliki kelebihan satu perlawanan.

“Menyedari pencabar utama kami turut mencatat kemenangan, ia memberi sedikit tekanan. Ini adalah mata yang penting,” kata Conte.

Atalanta menduduki tempat kelima, di luar kelompok layak ke Liga Juara-Juara dan ketinggalan 13 mata ketika saingan berbaki 12 perlawanan musim ini.

“Kami menampilkan persembahan yang baik tetapi tewas kerana hantaran sudut.

“Berdepan Inter dan Juventus, kami sering kekurangan sesuatu tapi kami semakin hampir (menyaingi mereka),” kata jurulatih Atalanta, Gian Piero Gasperini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya