Harap pemain tak 'kecut perut' - Utusan Malaysia

Harap pemain tak ‘kecut perut’

Yee Fatt juga menegaskan, adalah satu kesilapan besar jika pemainnya mengambil mudah cabaran PJ City kerana beliau percaya, semua pasukan yang ber­saing musim ini amat kuat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pengendali Perak, Chong Yee Fatt mengakui, gementar menghadapi aksi pembukaan perkara paling dibimbangi apabila memulakan kempen Liga Super menentang Petaling Jaya City (PJ City) di Stadium Perak malam ini.

Biarpun baru mengambil alih jawatan Ketua Jurulatih Bos Gaurus daripada Mehmet Durakovic yang berundur bulan lalu, beliau gembira dengan persiapan pasukan, apatah lagi semua pemain bebas daripada ­kecederaan.

“Cuma apa yang membimbangkan saya, ini perlawanan pertama kami… saya risau jika pasukan gementar dalam aksi sulung.

“Saya berharap pemain tidak melakukan kesilapan yang membolehkan lawan menghukum kami,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Yee Fatt juga menegaskan, adalah satu kesilapan besar jika pemainnya mengambil mudah cabaran PJ City kerana beliau percaya, semua pasukan yang ber­saing musim ini amat kuat.

“Sebenarnya kemampuan semua pasukan hampir sama ­kecuali satu atau dua pasukan yang berada dalam kelas tersendiri.

“Saya harap kami mampu mencatat permulaan baik dan mele­takkan pasukan di landasan betul sejak awal saingan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya