Everton intai pentas elit Eropah - Utusan Malaysia

Everton intai pentas elit Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Misi Everton untuk menutup kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kelompok empat teratas kian cerah selepas rembatan Richarlison membantu mereka menang 1-0 ke atas Southampton hari ini.

Ini kemenangan pertama buat anak-anak buah Carlo Ancelotti dalam enam perlawanan liga di laman sendiri hasil musim ini.

Kali terakhir Everton menang di Goodison Park ialah ketika menentang Arsenal sebelum Krismas tahun lalu, mereka kini menamatkan deretan tiga kekalahan berturut-turut di laman sendiri untuk merapatkan jurang dengan penghuni tangga keempat West Ham dengan hanya dua mata.

The Toffees kini berada di tangga ketujuh dan bermain kurang satu perlawanan berbanding West Ham, Liverpool dan Chelsea, yang menjadi penghalang untuk tiket ke kelayakan Liga Juara-Juara musim depan.

Selepas mengalahkan Liverpool 2-0 di Anfield sejak 1999, Everton berpeluang cerah untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas.

RICHARLISON meraikan jaringannya ketika menentang Southampton.

“Kami amat fokus dalam bertahan dan mempunyai gandingan yang baik di barisan serangan.

“Kami berhak menang. Untuk bersaing merebut tiket Eropah, kami perlu lebih baik di laman sendiri.

“Persembahan begini boleh membantu. Impian kami adalah menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik musim ini. Kami semakin hampir,” kata Ancelotti.

Selepas mendahului liga tertinggi Inggeris itu buat pertama kali sejak tahun 1988 pada November, prestasi Southampton merosot teruk dan meletakkan mereka hanya tujuh mata di atas zon penyingkiran.

Southampton belum menang dalam sembilan perlawanan liga terakhir selepas kalah lapan kali sejak kemenangan ke atas Liverpool, Disember lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya