Nadal tumbang mengejut - Utusan Malaysia

Nadal tumbang mengejut

REAKSI Rafael Nadal ketika tumpas kepada Stefanos Tsitsipas dalam suku akhir Terbuka Australia di Melbourne hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Bintang muda Greece, Stefanos Tsitsipas bangkit daripada ketinggalan dua set untuk melakar kemenangan sensasi ke atas bekas pemain No. 1 dunia, Rafael Nadal dalam suku akhir tenis Terbuka Australia hari ini.

Turun memburu gelaran Grand Slam ke-21, Nadal, pilihan kedua kejohanan bagaimanapun ditunjukkan jalan keluar 6-3, 6-2, 6-7 (4/7), 4-6, 5-7 dalam pertarungan yang amat mendebarkan.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku di set ketiga. Saya terbang seperti burung kecil, semua berjalan lancar buat saya.

“Emosi di hujung perlawanan sukar digambarkan, ia menakjubkan,” kata Tsitsipas yang melangkah ke separuh akhir Terbuka Australia buat kali kedua.

STEFANOS Tsitsipas meraikan kejayaan menewaskan Rafael Nadal. – AFP

Ini kali kedua Nadal tewas selepas mendahului dua set dalam saingan Grand Slam. Dia sebelum ini pernah melalui situasi sama ketika tumpas kepada Fabio Fognini pada pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2015.

Nadal, 34, terikat dengan Roger Federer mengumpul 20 gelaran Grand Slam, diikuti pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic dengan 18 kejuaraan.

Tsitsipas, 22, pilihan kelima kejohanan memburu tiket final Grand Slam pertama apabila berdepan lawan dari Rusia pada separuh akhir esok.

Ini kali kedua dia mengalahkan Nadal daripada lapan pertemuan. Satu lagi separuh akhir perseorangan lelaki akan menemukan bintang Serbia, Djokovic dengan Aslan Karatsev dari Rusia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.