Kemelut Pafa, Perak FC terlerai - Utusan Malaysia

Kemelut Pafa, Perak FC terlerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Segala ketegangan dan salah faham antara Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) dengan Perak FC terhapus selepas persatuan itu mengadakan mesyuarat majlis di sini hari ini.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Naib Presiden I, Datuk Mohammad Yadzan Mohamad di pejabat persatuan itu dihadiri oleh majoriti ahli majlis.

“Mesyuarat ini berjaya meleraikan sebarang prasangka dan salah faham antara FA dan FC setakat ini. Sebenarnya FA dan FC ibarat bapa dan anak, kadang-kadang berlaku salah faham.

“Jadi tiada guna dibesar-besarkan kerana matlamat kita sama iaitu memajukan sukan bolasepak.

“Malah bagi saya FA dan FC seharusnya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi,” kata Yadzan dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu di sini hari ini.

Menurutnya, mesyuarat bersetuju menerima peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Datuk Adly Shah Ahmad Tah dan Datuk Iskandar Dzurkarnain masing-masing selaku Presiden, Timbalan Presiden dan Bendahari Pafa.

Katanya, Jawatankuasa Eksekutif Pafa juga bersetuju melantik, Datuk Sham Mat Sahat dan Khairul Shahril Mohamed sebagai Lembaga Pengarah Perak FC.

Datuk Sham yang juga setiausaha politik Menteri Besar Perak juga dilantik sebagai Bendahari baharu persatuan.

Manakala Khairul Shahril yang juga Exco Belia dan Sukan negeri turut dilantik sebagai Jawatankuasa eksekutif tambahan Pafa.

Pada masa sama mesyuarat mengesahkan Yadzan sebagai pemangku Presiden Pafa sehingga kongres diadakan Jun nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya