Kejuaraan Cub Prix 2021 saji 10 pusingan - Utusan Malaysia

Kejuaraan Cub Prix 2021 saji 10 pusingan

KEJUARAAN Cub Prix 2021 akan membuka tirai bulan depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Saingan Kejuaraan Cub Prix musim 2021 akan menyajikan semula 10 pusingan berdasarkan jadual perlumbaan yang telah diumum­kan baru-baru ini.

Jadual sementara itu diaturkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan mengambil kira andaian ketiadaan penonton secara langsung di litar.

Lima daripada 10 pusingan musim 2021 akan tertumpu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), manakala dua lagi di Litar Tangkak, Johor dan satu lagi di Terengganu, dengan lokasi dua perlumbaan berbaki belum dapat ditetapkan.

KALENDAR Cub Prix 2021.

“Sekiranya tiada halangan, pihak Cub Prix berharap akan memulakan musim 2021 pada bulan Mac nanti.

“Bagaimanapun harus diingatkan, jadual ini masih tertakluk kepada perubahan semasa,” kata Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg, yang juga penganjur

Kejuaraan Cub Prix dalam satu kenyataan, semalam.
Pihak Safe Aim Mutual juga berhasrat menghidupkan semula Kejuaraan Mini Cub Prix yang dikhaskan untuk pelumba cilik berusia enam sehingga 12 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya