Brady menggigil masuk final - Utusan Malaysia

Brady menggigil masuk final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Jennifer Brady mengakui kakinya menggigil selepas melangkah ke final Grand Slam buat kali pertama dengan menewaskan Karolina Muchova 6-4, 3-6, 6-4 dalam  aksi sengit separuh akhir Terbuka Australia hari ini.

Pemain Amerika Syarikat (AS) itu yang juga pilihan ke-22 menempah pertemuan dengan bintang Jepun, Naomi Osaka dalam final, Sabtu ini.

Naomi, 24, sebelum itu mara selepas memusnahkan misi Serena Williams untuk memburu kejuaraan Grand Slam ke-24 dengan kemenangan 6-3, 6-4.

BRADY menyingkirkan Karolina Muchova untuk mara ke final.

“Kaki saya menggigil, jantung saya berdegup kencang.

“Kaki saya tiada masalah tapi ia terasa seperti tidak boleh bergerak, sangkut di dalam lumpur,” kata Brady mengenai perasaannya selepas mara ke perlawanan akhir.

Pemain berusia 25 tahun itu menang dalam masa satu jam 55 minit.

Sementara itu, Osaka yang memburu kejuaraan Grand Slam keempat membuktikan pemain generasi baharu sudah bersedia mengambil alih penguasaan tenis wanita.

Menjadikan Serena sebagai idola, pemikiran Osaka banyak dipengaruhi oleh bintang veteran AS berusia 40 tahun itu.

NAOMI Osaka terdahulu mengalahkan idolanya, Serena Williams.

“Saya mempunyai mentaliti orang tidak akan ingat naib juara. Saya bekerja keras untuk ke final dan sekarang mahukan kejuaraan,” katanya.

Osaka berkongsi sentimen Williams yang sebelum ini pernah berkata: “Saya tidak menyimpan trofi naib juara di almari kerana orang tidak pandang tempat kedua.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya