'Bodohlah' anggap Reds lawan mudah - Utusan Malaysia

‘Bodohlah’ anggap Reds lawan mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool mungkin sedang berdepan krisis keyakinan ekoran tiga kekalahan berturut-turut dalam Liga Perdana, namun menganggap juara Eropah enam kali itu lawan mudah sesuatu yang ‘bodoh’, kata bekas penjaga gol Reds yang kini menyarung jersi RB Leipzig, Peter Gulacsi.

Gulacsi menegaskan, skuad bimbingan Jurgen Klopp masih pasukan yang menggerunkan apabila mereka berentap pada perlawanan pertama, peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara di Puskas Arena, Budapest esok (4 pagi Rabu waktu Malaysia).

Pertemuan dengan Reds mengimbau kenangan Gulacsi ketika menyarung jersi Liverpool dari 2008 hingga 2013, namun ia bukanlah memori yang bagus kerana dia tidak pernah membuat penampilan.

Penjaga gol Hungary itu kini menyarung jersi No. 1 Leipzig dan berpeluang berdepan bekas pasukannya buat kali pertama sejak 2013.

PETER GULACSI

Leipzig berdepan Reds dengan keyakinan tinggi selepas menang empat perlawanan berturut-turut dan kini menghuni tangga kedua Liga Jerman.

“Kami bodoh kalau menganggap Liverpool lawan mudah kerana mereka ada kualiti hebat.

“Mereka kalah beberapa perlawanan tapi kebanyakan kekalahan disebabkan kurang bernasib baik.

“Kami tidak menilai mereka hanya kerana prestasi minggu lalu tapi beberapa musim lalu,” katanya.

Kata Gulacsi, keyakinan Reds sedikit menurun ketika ini tetapi kualiti pemain tidak hilang hanya untuk satu malam.

“Alisson melakukan dua kesilapan ketika menentang Manchester City dan mengulanginya pada pertemuan dengan Leicester, namun itu tidak merubah hakikat dia antara penjaga gol terbaik dunia,” kata Gulacsi.

Trio Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane juga masih menghadirkan rasa gerun buat Gulacsi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.