Ayuh peminat negara undi Farizal - Utusan Malaysia

Ayuh peminat negara undi Farizal

FARIZAL MARLIAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penjaga gol Harimau Malaya, Farizal Marlias muncul wakil tunggal Asia Tenggara dalam pencalonan ‘AFC Cup All-time XI – The Best Goalkeeper’ anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Selain Farizal, lapan lagi penjaga gol yang tersenarai dalam pencalonan itu adalah Mehdi Khalil dari Lebanon, Lo’ai Al Amairaeh, Amer Shafi (Jordan), Nawaf Al Khaldi, Musab Al Kandari (Kuwait), Fahad Talib (Iraq), Mosab Balhous (Syria) dan Mammet Orazmuhammedov (Turkmenistan).

Pencabar Farizal bukan calang-calang dan antara yang memiliki pencapaian hebat di pentas itu adalah Fahad. Dia berjaya menjulang trofi Piala AFC tiga kali berturut-turut pada edisi 2016, 2017 dan 2018.

Memiliki berketinggian 178 sentimeter, Farizal menjadi watak utama kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) mengawal gawangnya daripada dibolosi, malah muncul antara hero pasukan itu ketika membantu Harimau Selatan melakar sejarah sebagai pasukan Asia Tenggara pertama menjulang trofi Piala AFC pada 2015.

Ketika aksi final dilangsungkan di Stadium Pamir, Dushanbe, Tajikistan itu, JDT yang ketika ini dibawah kendalian Mario Gomez muncul juara hasil jaringan tunggal Leandro Velazquez.

“Penjaga gol Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal dicalonkan dalam kategori ‘AFC Cup All-time XI – The Best Goalkeeper’ oleh laman web the-afc.com.

“Aksi tangkas Farizal ketika perlawanan akhir Piala AFC 2015 mendapat pujian yang menyaksikan JDT muncul pasukan tunggal Asia Timur muncul juara kejohanan itu,” tulis kenyataan yang di muat naik dalam JOHOR Southern Tigers.

Sehingga pukul 6 petang, Farizal meraih undian 13.96 peratus, dengan Fahad Talib mendahului pesaing lain menerusi 32.76 peratus undi.

Bagi peminat bola sepak di negara ini, ayuh kita mengundi Farizal dan ia  boleh dibuat menerusi https://www.the-afc.com/competitions/afc-cup/latest/news/introducing-afc-cup-all-time-xi-the-best-goalkeeper.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya