Adi pernah main dalam 'Liga M3' - Utusan Malaysia

Adi pernah main dalam ‘Liga M3’

ADI PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Minat terhadap bola sepak, selain mahu membantu arena sukan negara menggerakkan hati pelakon KL Gangster, Datuk Adi Putra untuk menaja Kuala Kangsar FC (KK FC) menerusi Yayasan Hadi.

Adi Putra yang ter­kenal dengan watak Jai dalam filem pecah panggung itu berkata, beliau pernah beraksi dalam liga divisyen tiga di Singapura 20 tahun lalu selaku bek atau sayap kiri sebelum bertukar haluan ke ke layar perak.

Biarpun tidak mendedahkan jumlah tajaan, namun pelakon berusia 40 tahun itu memberitahu, KK FC akan menyarung jersi jenamanya iaitu Jai the Legend.

“Bagi saya, menaja itu dalam erti kata lain kita ingin bantu industri bola sepak. Ya, industri saya juga terkesan, rakan-rakan media juga begitu. Sukan pun terjejas termasuk pemain-pemainnya.

“Jadi, secara tidak langsung penajaan ini dapat membantu mereka memperoleh gaji dan apa juga ruang meringankan beban mereka,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

Mengulas lanjut, Adi yang juga penyokong tegar kelab Liga Perdana Inggeris, ­Liverpool mendoakan KK FC melangkah maju dan mampu menjadi pasukan ikonik kepada kelab-kelab lain.

“Saya harap pemain beraksi dengan tulus ikhlas dan bukan disebabkan populariti sesebuah kelab,” katanya.

Penubuhan pasukan KK FC adalah hasil penganjuran Liga Tempatan oleh Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Kangsar dengan bekas pemain Perak, Syazwan Mohd. Noor dilantik sebagai ketua jurulatih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya