Yob sudah boleh tersenyum - Utusan Malaysia

Yob sudah boleh tersenyum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kemelut kewangan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) selesai apabila kerajaan negeri Perak bersetuju menghulur dana untuk membayar tunggakan gaji pemain dan pegawai persatuan itu.

Jaminan itu diberikan oleh wakil-wakil kerajaan negeri termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Datuk Sham Mat Sahat yang mengadakan perbincangan dengan tiga naib Presiden Pafa, Datuk Mohammad Yadzan Mohamad, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin dan Datuk G. Irudianathan, kelmarin

“Syukur Alhamdulillah, kerajaan negeri bersetuju untuk membantu melunaskan bayaran yang tertunggak.

“Setiausaha Pafa akan mengemukakan butiran bayaran bagi dikemukakan kepada pihak berkenaan. Kita berharap agar bayaran dapat dilaksanakan sebelum 7 Februari ini.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar Perak di atas kesudiannya membantu,” kata Mohammad Yadzan ketika dihubungi di sini hari ini.

MOHAMAD YADZAN MOHAMAD

Pafa mempunyai tunggakan gaji pemain dan pegawainya selama sebulan setengah iaitu separuh bayaran bagi bulan November dan Disember berjumlah RM3. 8 juta.

Jumlah itu tidak termasuk bayaran gaji bagi bulan Januari yang akan berakhir tidak lama lagi.

Menurut Mohammad Yadzan, keutaman diberikan terhadap bayaran gaji pemain dan pegawai agar meredakan ketengangan yang memuncak akibat kelewatan bayaran yang berlaku.

Yadzan menjelaskan, Pafa akan menyelesaikan semua isu Pafa satu persatu agar perjalanan persatuan itu kembali berjalan seperti biasa seperti mengadakan kongres dan penyerahan kuasa Perak FC kepada pemilik sebenar.

“Semua ini mengambil masa, ia bukan boleh dilaksanakan dalam sekelip mata, apapun kita akan buat seberapa segera,” katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Pafa perlu membayar gaji pemainnya yang tertunggak sehingga 7 Februari ini jika tidak mahu hadapi risiko kehilangan pemain untuk Liga Malaysia (Liga M) musim 2021.

Ini kerana berdasarkan kontrak terdapat klausa yang membolehkan pemain angkat kaki ke pasukan lain jika tidak menerima gaji mereka sehingga tarikh itu.

Masalah kewangan Pafa didedahkan oleh Presiden Pafa, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika mengumumkan peletakan jawatannya baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya