West Ham menang, Liverpool turun ke tangga kelima - Utusan Malaysia

West Ham menang, Liverpool turun ke tangga kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: West Ham melonjak ke kedudukan keempat Liga Perdana Inggeris selepas menumpaskan Crystal Palace 3-2 hari ini.

Kemenangan liga keempat berturut-turut membolehkan anak-anak buat David Moyes mengetepikan Liverpool ke tangga kelima dengan kelebihan satu mata.

Selepas 20 perlawanan, The Hammers  mengumpul 35 mata, enam mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Dua jaringan Thomas Soucek memastikan kemenangan West Ham, biarpun Crystal Palace bermula baik dengan mendahului seawal minit ketiga menerusi Wilfried Zaha.

“Kami semakin baik dalam setiap perlawanan tetapi saya fikir pasukan ini belum mencapai potensi sebenar. Masih banyak yang boleh diberikan.

“Sebagai pengurus, tugas saya adalah menaikkan pengharapan sebuah kelab bola sepak tapi saya tidak akan melakukannya dan bertindak bodoh.

“Saya mahu kekal tenang kerana pasukan perlu lebih konsisten. Saya seorang yang bercita-cita, saya mahu bersaing dalam liga terbaik dan cuba menjadi pesaing utama.

“Pemain memberikan harapan itu. Mereka melakukan tugas dengan baik dan saya dapat rasakan mereka mahukan lebih banyak perkara hebat,” kata Moyes.

Kemenangan keenam berturut-turut tahun ini (semua pertandingan) meningkatkan keyakinan West Ham apabila menerima kunjungan Liverpool pagi Isnin ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.