United mahu balas dendam - Utusan Malaysia

United mahu balas dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tidak berminat untuk ‘menyiasat’ punca kekalahan memalukan 1-2 kepada kelab tercorot, Sheffield United kelmarin, sebaliknya sudah beralih tumpuan kepada pertembungan heavyweight menentang Arsenal esok.

Kekalahan mengejut kepada The Blades membuka ­ruang kepada Manchester City mengekalkan kedudukan pendahulu liga, namun Red Devils sedia menghambat musuh sebandar mereka dengan bangkit di Emirates.

Solskjaer menegaskan, pasukannya membawa misi ‘membalas dendam’ ekoran kekalahan 0-1 kepada Gunners dalam pertemuan liga terakhir mereka di Old Trafford, 1 November lalu.

“Tidak perlu siasatan dalaman. Sudah pasti kami kecewa dengan kekalahan itu tapi ba­nyak keputusan lain yang melam­bangkan karakter pasukan.

“Kami antara pasukan paling konsisten sejak beberapa bulan lalu, kami akan bangkit dalam aksi seterusnya dan meneruskan permainan terbaik,” katanya kepada BT Sport.

Turun dengan misi membawa pulang tiga mata, United dijangka meletakkan Edinson Cavani mengetuai serangan.

Trio Paul Pogba, Bruno Fernandes dan Marcus Rashford akan membantu serangan dalam formasi 4-2-3-1.

KEKALAHAN UNITED TIDAK MENGEJUTKAN ARTETA

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mengakui, tidak terkejut dengan kekalahan United kepada Sheffield kerana Liga Perdana Inggeris saingan paling sukar diduga dan amat sengit.

“Dalam Liga Perdana, mana-mana pasukan boleh mengalahkan sesiapa saja, begitulah ­sengitnya saingan musim ini.

“Bagi Arsenal, kami hanya perlu meneruskan momentum dan menerima kunjungan ­United dengan rasa rendah diri.

“Kami menunjukkan peningkatan kebelakangan ini, jadi ia pertembungan yang menarik,” katanya.

Dijangka turun tanpa Pierre-Emerick Aubameyang yang diberi rehat kerana ibunya sakit, Gunners mungkin menggunakan ­formasi 4-2-3-1.

Alexandre Lacazette akan mengetuai serangan dengan dibantu trio Nicolas Pepe, Smith Rove dan Bukayo Saka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya