Trio Reds bakal mengganas semula - Utusan Malaysia

Trio Reds bakal mengganas semula

SADIO Mane (kiri), Roberto Firmino (tengah) dan Mohamed Salah bakal menjadi taruhan Liverpoola apabila berdepan Tottenham, Jumaat ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp optimis tiga pe­nyerangnya, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino akan kembali meledak gol dalam perlawanan akan datang.

Klopp yakin mereka berada pada landasan betul selepas Salah menjaringkan dua gol ketika Reds tewas 2-3 kepada Manhcester United pada pusingan keempat Piala FA, Isnin lalu.

Liverpool hanya menang satu daripada tujuh perlawanan ter­akhir (semua pertandingan) dan kurang menjaringkan gol.

“Saya tidak mahu melihat perkara sama setiap minggu.

“Saya juga tidak nampak masalah keyakinan ketika kalah kepada United tetapi apabila anda kurang menjaringkan gol ia akan menjejaskan keyakinan.

“Penyerang terbaik dunia juga berdepan masa sukar terutama ketika tidak meledak gol dan perkara itu perlu diatasi segera,” katanya.

Liverpool akan menentang ­Tottenham dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Jumaat ini dan Klopp percaya, pemain-pemain­nya akan mula meledak gol.

“Saya yakin dengan pemain-pemain saya tetapi saya perlu kritikal dengan keadaan pasukan ketika ini.

“Jika saya ada masalah, semua bermasalah. Jika seorang pemain bermasalah, semua akan bermasalah.

“Kami perlu atasi perkara ini bersama dan itu akan diselesaikan segera” kata Klopp.

Liverpool yang juga juara bertahan kini berada di kedudukan keempat liga, ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.