Tiada kualiti dan salah pengadil - Utusan Malaysia

Tiada kualiti dan salah pengadil

HARRY MAGUIRE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata, gagal mempamer kualiti sebenar dan dua kesilapan pengadil adalah faktor utama Manchester United dimalukan 1-2 oleh kelab tercorot, Sheffield United dalam aksi Liga Perdana Inggeris pagi tadi.

Ini kekalahan liga pertama Red Devils sejak 1 November lalu, sekali gus menyebabkan mereka terlepas peluang untuk memintas kedudukan pendahulu daripada Manchester City.

Solskjaer turut menyalahkan pengadil kerana melakukan dua kesilapan besar iaitu ketika penjaga gol mereka, David De Gea dikasari pemain lawan yang membuka laluan kepada gol pembukaan Sheffield dan kedua tindakannya tidak mengesahkan jaringan Anthony Martial.

“Dua keputusan yang salah, tidak konsisten dan pengadil terlepas pandang kedua-dua perkara itu,” katanya kepada pemberita.

Keputusan mengejutkan di Old Trafford itu menyaksikan City kekal di tangga teratas dengan kelebihan satu mata, sekali gus meningkatkan keyakinan skuad bimbingan Pep Guardiola untuk menjuarai liga buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun.

PEMAIN Manchester United bagaikan tidak percaya tumpas kepada Sheffield United.

Sheffield yang tidak diberi harapan besar untuk memenangi perlawanan bagaimanapun mengejutkan tuan rumah dengan gol pembukaan Kean Bryan pada minit ke-24 selepas dia menyempurnakan sepakan penjuru John Fleck ketika De Gea gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

United membalas dengan gol penyamaan Harry Maguire pada minit ke-64, namun rembatan pemain gantian, Oliver Burke pada mint ke-74 mengesahkan kemenangan sensasi Sheffield.

The Blades yang hanya mengumpul lima mata daripada 19 perlawanan iaitu rekod terburuk dalam sejarah Liga Perdana mereka tidak pernah mencatat kemenangan di Old Trafford sejak 1973.

Sementara itu, Maguire turut menyalahkan pengadil Peter Bankes kerana membatalkan gol penyamaan United selepas mendakwa dia bertembung dengan penjaga gol lawan, Aaron Ramsdale sebelum jaringan terhasil.

“Jelas sekali, Billy Sharp (pemain Sheffield) turut melakukan kesalahan yang sama, tapi pengadil membenarkan jaringan untuk gol pertama lawan.

“Saya melompat untuk mendapatkan bola dan tidak menyentuh penjaga gol, dia yang menyentuh belakang saya.

“Saya rasa pengadil akan melihat semula dan sedar dia melakukan kesilapan,” kata Maguire yang menjaringkan gol penyamaan di babak kedua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.