Taktikal siapa lebih hebat? - Utusan Malaysia

Taktikal siapa lebih hebat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kali terakhir Liverpool dan Manchester United bersaing sengit merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris adalah pada musim 2008-2009 ketika Reds di bawah kendalian Rafael Benitez.

Selepas memenangi pertarungan sengit tersebut, United mendominasi liga dengan muncul juara dua musim berturut-turut pada 2010-2011 dan 20120-2013) sebelum mengalami kemerosotan mendadak.

Bagi Liverpool, sejak diambil alih Jurgen Klopp pada 2015, mereka sentiasa menjadi pencabar utama, malah merangkul trofi Liga Perdana pertama dalam tempoh 30 tahun musim lalu.

Peningkatan mendadak yang dipamerkan Red Devils akhir-akhir ini menyaksikan dua musuh ketat dalam sejarah bola sepak England itu kembali bersaing sengit, sekali gus menjadikan pertemuan di Anfield esok (12.30 pagi Isnin waktu Malaysia) pertarungan paling mencuri tumpuan.

Liverpool turun sebagai penyandang gelaran dan United pula mendahului liga dengan 36 mata, tiga mata mengatasi seteru mereka. Siapa menang esok akan merampas kedudukan teratas.

Kedua-dua pasukan memiliki barisan pemain yang mampu memberi kemenangan, sekarang terpulang bagaimana Klopp dan pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer mencatur formasi, strategi dan taktikal.

PERTAHANAN
REPUTASI Alisson sebagai antara penjaga gol terbaik dunia tidak banyak membantu jika pertahanan Liverpool rapuh.

Tanpa Virgil van Dijk dan Joe Gomez, selain nasib Joel Matip yang masih tidak menentu, bek tengah Reds menjadi persoalan. Fabinho pernah digandingkan dengan Jordan Henderson tetapi Jurgen Klopp juga mungkin memberi peluang kepada pemain muda, Nathaniel Phillips atau Rhys Williams.

Bagi United, penjaga gol utama mereka, David de Gea mempamer aksi tidak menentu dan mencetus kebimbangan menjelang pertemuan di Anfield.

Benteng mereka bagaimanapun tampak semakin baik diketuai Eric Bailly, Harry Maguire, Aaron Wan-Bissaka dan Luke Shaw.

DAVID DE GEA

TENGAH
Pemain yang akan mengisi bahagian tengah Liverpool bergantung kepada siapa diturunkan di benteng. Buat masa ini, Henderson, Georginio Wijnaldum dan Thiago Alcantara menjadi calon utama, namun Reds juga memiliki James Milner, Alex Oxlade-Chamberlain serta Curtis Jones.

United pula memantau tahap kecergasan Nemanja Matic, namun mereka memiliki Fred, Scott McTominay dan Paul Pogba yang semakin menunjukkan prestasi baik. Ketika keadaan Anthony Martial masih tidak menentu, Ole Gunnar Solskjaer boleh memberi peranan lebih besar kepada Pogba untuk bergerak membantu serangan.

SERANGAN
TRIO serangan Liverpool masih yang terbaik dalam Liga Perdana diketuai Sadio Mane, Mohamed Salah dan Roberto Firmino.

Kombinasi itu bergerak cantik ketika Reds membelasah Crystal Palace 7-0 pada 19 Disember, namun Liverpool hanya meledak satu gol dalam tiga aksi terakhir liga yang hadir menerusi Mane ketika seri 1-1 menentang West Brom pada 27 Disember.

Biarpun berada pada prestasi terbaik, kebanyakan kemenangan United juga dicatat dengan jumlah gol yang rendah. Jika Martial tidak dapat diturunkan, Marcus Rashford akan mengetuai serangan bersama Edison Cavani.

Bruno Fernandes yang menjaringkan gol kemenangan ketika Red Devils mengalahkan Aston Villa 2-1 pada Tahun Baharu turut menjadi sandaran.

TRIO Roberto Firmino (kiri), Mohamed Salah (tengah) dan Sadio Mane.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya