'Sila kawal emosi Zamsaham' - Utusan Malaysia

‘Sila kawal emosi Zamsaham’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua legenda tanah air, Datuk Jamal Nasir dan Azman Adnan menyarankan agar semua pihak terutama pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham untuk bijak mengawal emosi dalam berganding bahu membangunkan bola sepak negara.

Kedua-dua bekas pemain kebangsaan itu berkata, dalam dunia sukan perlu ada semangat kesukanan dan bukannya berbalah dan menuding jari dalam mencari kesalahan.

“Hakikatnya apa yang penting ialah prestasi pasukan serta pemain dan apa yang saya lihat, itu juga ada peningkatan terutama dalam kemenangan pasukan negara ketika perlawanan Pra Piala Dunia sebelum pandemik Covid-19 melanda. Jadi apa isu dia (Zamsaham)?,” kata Jamal.

Tambahnya, paling utama, kejayaan pasukan kebangsaan bergantung kepada keupayaan dan prestasi pemain yang dihasilkan oleh pasukan kelab negeri.

“Jadi Zamsaham dan pemilik kelab di Malaysia ini seharusnya memikirkan cara menghasilkan pemain yang baik untuk disumbang kepada negara.

“Saya sarankan dia perlu kawal emosi, jangan meluahkan segala rasa di media sosial kerana apabila kita menuding jari pada seseorang, empat lagi jari menuding ke arah kita,” katanya.

AZMAN Adnan (kiri) dan Jamal Nasir.

Sementara itu, Azman yang juga tonggak Harimau Malaya sehingga membawa skuad kebangsaan ke ranking terbaik iaitu 75 pada 1993, menekankan semua pihak jangan dibayangi sejarah dan sebaiknya menumpukan pada masa depan.

“Jangan mengaitkan atau mengheret perkara lain terutama perihal skuad kebangsaan dalam pertikaian membabitkan persatuan dengan mana-mana pihak mahupun badan induk.

“Anda perlu buktikan kejuaraan pasukan atau kelab dahulu, hasilkan pemain yang baik buat Malaysia, sila jaga periuk sendiri dan tak perlu jaga dua periuk.

“Apa yang penting sejak dua ke tiga tahun ini, dalam tempoh singkat ranking Harimau Malaya sedang naik semula dari 178 ke 153 bagi saya cukup memuaskan dan berkat kerjasama semua pasti ia akan meningkat lagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.