Selangor sambar bintang Switzerland - Utusan Malaysia

Selangor sambar bintang Switzerland

OLIVER BUFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Oliver Buff yang pernah beraksi dalam Liga Europa, Sukan Olimpik dan menjuarai Piala Dunia Bawah 17 tahun bersama Switzerland diumumkan sebagai ‘senjata’ terbaharu Selangor bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim 2021.

Pemain tengah berusia 28 tahun itu juga tonggak utama yang membantu FC Zurich menjulang Piala Swiss dua musim berturut turut iaitu pada 2013/2014 dan 2015/2016 sebelum menyertai kelab divisyen dua Sepanyol, Real Zaragoza pada 2017.

Pemain serba boleh itu terus melebarkan sayapnya dengan menyertai kelab divisyen satu Cyprus, Anorthosis Famagusta sebelum kembali ke Switzerland untuk bersama kelab divisyen dua, Grasshopper Club Zurich selama semusim.

Oliver, yang beraksi dalam Sukan Olimpik London 2012 adalah pemain baharu kelima yang diperkenalkan Red Giants musim ini selepas Shahrel Fikri Md. Fauzi, Tim Heubach, R. Dinesh serta Nik Sharif Haseefy Mohd. Lazim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya