'Saya tak adil pilih pemain' - Utusan Malaysia

‘Saya tak adil pilih pemain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea merekodkan 820 hantaran dan 79 peratus penguasaan dalam aksi pertama di bawah bimbingan Thomas Tuchel, namun ia tidak memadai untuk menghadirkan kemenangan apabila sekadar seri 0-0 dengan Wolverhampton hari ini.

Kegagalan mengutip tiga mata di Stamford Bridge menyaksikan Blues menghuni tangga kelapan Liga Perdana Inggeris dengan berkongsi 30 mata bersama Arsenal.

Perlawanan tersebut berlangsung hanya 24 jam selepas Tuchel tiba di London untuk menggantikan Frank Lampard yang dipecat, Isnin lalu.

Disebabkan dia mempunyai tempoh yang amat singkat untuk mempersiapkan pasukan, Tuchel memberi kepercayaan kepada tonggak berpengalaman berbanding pemain muda.

REAKSI pemain Chelsea selepas gagal menyempurnakan peluang dalam aksi di Stamford Bridge, London hari ini.

Olivier Giroud, Cesar Azpilicueta, Jorginho dan Hakim Ziyech diturunkan dalam kesebelasan utama, manakala bintang muda Chelsea, Tammy Abraham, Reece James, Mason Mount serta Christian Pulisic diletak di bangku simpanan.

Ketika ditanya mengenai keputusan yang diambil, jurulatih dari Jerman itu mengakui, dia mungkin membuat pemilihan ‘paling tidak adil’.

“Bagaimana saya hendak membuat keputusan yang benar-benar tepat dengan hanya satu sesi latihan? Semua pemain amat fokus, jadi ia sangat menyukarkan (memilih kesebelasan utama).

“Barangkali ini barisan paling tidak adil  pernah saya lakukan dan kerana saya tidak begitu pasti siapa yang layak diturunkan, saya memilih barisan berpengalaman,” kata Tuchel kepada BT Sport.

Menurut bekas jurulatih Paris Saint-German dan Borussia Dortmud itu, Chelsea berjaya memberi tekanan sepanjang perlawanan, namun gagal mencatat keputusan yang diharapkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.