Reds tak rela kena ‘troll’ lagi - Utusan Malaysia

Reds tak rela kena ‘troll’ lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool menjadi trending dalam internet sejak akhir-akhir ini ekoran kegagalan memenangi lima aksi terakhir Liga Perdana Inggeris, selain penyingkiran dari Piala FA selepas tewas 3-2 kepada musuh ketat, Manchester United, Isnin lalu.

Begitupun lawan yang bakal ditentang anak-anak buah ­Jurgen Klopp, Tottenham dalam aksi liga esok (4 pagi Jumaat waktu Malaysia) juga tidak ­berada dalam keadaan baik.

Selepas 18 perlawanan, Spurs menghuni tangga keenam liga dengan 33 mata, lapan mata di belakang pendahulu, Manchester City dan satu mata ditinggalkan Liverpool, yang sudah melengkapkan 19 saingan.

Kedua-dua pasukan pernah bergelar pendahulu liga musim ini sebelum mengalami kemerosotan prestasi secara mendadak hingga terkeluar dari kelompok empat terbaik.

“Kami sedang berdepan tempoh sukar. Selepas ramai orang meletakkan standard tinggi dalam dua, tiga tahun kebelakangan ini, harapan yang diberikan kepada pasukan amat besar.

“Apabila keadaan tidak berjalan seperti diharapkan, semua hal diperbesarkan. Kalah, seri dianggap teruk. Sudah tiba masanya kami hentikan ­ke­a­daan ini dan kembali ke landasan sebenar,” kata pertahanan Liverpool, Trent Alexander-­Arnold.

Biarpun gagal meledak gol dalam empat aksi terakhir liga, namun trio Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino dijangka kembali digandingkan selepas menunjukkan peningkatan ketika bertemu United.

Kepulangan semula kapten, Jordan Henderson dan pertahanan tengah, Joel Matip daripada kecederaan juga berita baik buat Reds menjelang kunjungan ke Stadium Tottenham Hotspur.

Spurs pula dijangka menurunkan Pierre-Emile Hojbjerg, Tanguy Ndombele, Harry Kane dan Son Heung-min selepas merehatkan kesemua pemain itu ketika menyingkirkan kelab liga bawahan, Wycombe 4-1 pada Piala FA kelmarin.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu, Liverpool menguasai 76 peratus kawalan bola, justeru pengendali Spurs, Jose Mourinho mahu memikirkan strategi bagaimana hendak memenangi perlawanan tanpa perlu menguasai permainan.

“Tottenham tidak perlu me­nguasai permainan tapi mencipta peluang yang cukup untuk memenangi perlawanan,” kata Mourinho. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya