Pengadil Malaysia ada 'kelas' - Utusan Malaysia

Pengadil Malaysia ada ‘kelas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengadil Liga Malaysia (Liga M) nyata bukan calang-calang apabila 19 daripadanya telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2021 ini.

Berita gembira itu diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sekali gus membuktikan bahawa badan induk bola sepak negara itu tidak pernah mengambil sikap ‘lepas tangan’ dalam melahirkan lebih ramai pengadil negara yang berkualiti.

“Mereka yang dipilih itu terdiri daripada lima orang Pengadil, sembilan orang Penolong Pengadil termasuk seorang wanita, tiga orang Pengadil Futsal dan dua orang Pengadil Bola Sepak Pantai.

“Bagi kategori Pengadil, lima individu berkenaan ialah Mohd. Amirul Izwan Yaacob yang merupakan Pengadil FIFA sejak 2012, Mohd. Nazmi Nasaruddin (sejak 2016), Suhaizi Shukri (sejak 2011), Razlan Joffri Ali (sejak 2018) dan Tuan Mohd. Yaasin Tuan Mohd. Hanafiah (sejak 2019).

“Kategori Penolong Pengadil dibarisi oleh Mohd. Yusri Muhamad, Mohd. Muazi Zainal Abidin, Mohd. Shahreen Che Omar, Mohd. Harif Md Akhir, Mohd. Arif Shamil Abd. Rasid, Mohd. Zairul Khalil Tan, Mohd. Farhan Abdul Aziz, Muhamad Shafiq Ahmad Said dan seorang penolong pengadil wanita, Nur Akmal Anuar.

“Tiga Pengadil Futsal pula terdiri daripada Helday Idang, Mohd Ridzuan Rozali dan Mohd. Norafendy Norhayalan, manakala dua Pengadil Bola Sepak Pantai menampilkan Suhaimi Mat Hassan dan Wan Mohd. Tarmizi Wan Ibrahim,” jelas Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan semalam.

MOHD. AMIRUL IZWAN YAACOB

Dalam pada itu, Mohd. Amirul turut dilantik sebagai Video Match Official (VMO), manakala Mohd. Yusri memperoleh tauliah sebagai Penolong Pengadil bagi perlawanan yang melibatkan video bantuan pengadil (VAR).

“Bagi seseorang pengadil itu dilantik menjadi VAR, mereka harus mengikuti kursus dan perlu ditauliahkan oleh panel VAR dari FIFA sebelum dilantik menjadi VAR atau AVAR. Begitu juga dengan pengadil dan penolong pengadil bagi perlawanan yang melibatkan VAR,” ujarnya.

Katanya , FAM sentiasa mendokong aspek pembangunan pengadil dari semua peringkat kerana percaya pengadil merupakan nadi kepada pembaharuan pembangunan bola sepak melalui DNA Peta Hala Tuju F:30 yang telah dirangka oleh FAM.

“Setiap peluang pembangunan dan ruang kerjasama akan digunakan sebaik mungkin untuk melihat pengadil-pengadil Malaysia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pengadil-pengadil tersohor dari persada dunia.

“Berpaksikan falsafah DNA F:30 itu, FAM telah merangka penumpuan kepada semua kategori pengadilan termasuklah Futsal, Bola Sepak Pantai dan Pembangunan Pengadil Wanita,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya