fbpx

Peng Soon-Liu Ying cari keputusan lebih baik

KUALA LUMPUR: Naib juara Sukan Olimpik, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berharap kejohanan badminton Terbuka Thailand kedua mampu memberi keputusan lebih baik selepas melangkah ke suku akhir di Bangkok hari ini.

Beregu campuran No. 7 dunia itu melangkah ke suku akhir kedua berturut-turut selepas mengetepikan pasangan Indonesia, Adnan Maulana-Mychelle Bandaso 21-18, 21-15.

Peng Soon-Liu Ying yang kalah kepada pasangan tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dalam Terbuka Thailand pertama minggu lalu, kini akan berdepan beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Ashwini Ponnappa.

Sementara itu, cabaran Malaysia turut diteruskan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menyingkirkan Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dari Indonesia 21-12, 6-21, 21-12

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN