Ozil hampir ke Fenerbahce - Utusan Malaysia

Ozil hampir ke Fenerbahce

MESUT OZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Karier Mesut Ozil bersama Arsenal akhirnya tiba di penghujung dan dia dijangka tiba di Turki hujung esok bagi melengkapkan perpindahan ke Fenerbahce secara percuma.

Menurut media Britain, bintang Jerman itu sudah mencapai kesepakatan dengan Arsenal untuk menamatkan kontrak lebih awal.

Ozil, 32, pada mulanya mahu melengkapkan kontraknya yang akan berakhir Jun ini, namun Fenerbahce mahu pemain itu menyertai mereka secepat mungkin.

Selepas memikirkan dia terus disisihkan oleh pengendali pasukan, Mikel Arteta, Ozil akhirnya bersetuju untuk meninggalkan England lebih awal dan melepaskan gaji lumayan 350,000 pound (RM1.92 juta) seminggu yang dinikmati di Emirates.

Sementara itu, The Athletic melaporkan, Ozil akan menerima bayaran 7 juta pound (RM38.39 juta) sebagai persetujuan untuk menamatkan kontrak.

Ozil, pemenang Piala Dunia 2014 tidak beraksi dalam sebarang perlawanan kompetitif bersama Gunners sejak lebih 10 lalu. Penampilan terakhirnya pada Mac, ketika Arsenal mengalahkan West Ham 1-0, yang mana dia mencipta gerakan untuk gol Alexandre Lacazette.

Sejak menyertai Arsenal dari Real Madrid pada 2013, Ozil sudah beraksi dalam 254 perlawanan, menjaringkan 44 gol dan mencipta 77 bantuan gol.

Dia juga memenangi tiga Piala FA, malah kemenangan yang pertama pada 2014 membantu Arsenal menamatkan kemarau sembilan tahun tanpa trofi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya