Mesut Ozil yang dermawan - Utusan Malaysia

Mesut Ozil yang dermawan

MESUT OZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMAIN yang bakal me­ninggalkan Arsenal, Mesut Ozil terkenal dengan sifat dermawan kerana latar belakangnya yang serba kekurangan.

Ejen bintang Jerman ­berusia 33 tahun itu, Dr. Erkut Sogut pernah berkata, Ozil berbuat demikian kerana tidak mampu menghabiskan semua ‘harta’ yang dimiliki secara sendirian.

Ozil yang menerima gaji kedua tertinggi di Arsenal iaitu 350,000 pound (RM1.93 juta) berkata, pendapatannya kini jauh berbeza dengan hasil yang diraih ibunya dahulu.

“Mesut datang dari keluarga serba kekurangan. Ibunya me­lakukan dua kerja sehari, selain menjadi tukang cuci. Dia tahu apa ertinya hidup tanpa punya apa-apa.

“Mesut pernah berkata, ­“Lihat Erkut, aku memperoleh pendapatan lumayan, amat ba­nyak. Aku tidak mampu menghabiskan semua ini secara sendirian, jadi aku perlu menderma”,” kata Sogut.

OZIL bersama isteri dan anak mereka.

Antara sifat dermawannya adalah me­nyumbang sebahagian wang kemenangannya pada Piala Dunia 2014 bersama Jerman kepada 11 kanak-kanak Brazil yang menjalani pembedahan.

Ozil yang berketurunan Turki me­nerima habuan RM646,000 untuk kemenangan Jerman di separuh akhir dan hampir RM1.2 juta wang bonus dari Persatuan Bola Sepak Jerman selepas muncul juara Piala Dunia 2014 di Brazil.

Pada Mei 2016, Ozil yang dilahirkan di Gelsenkirchen, Jerman melawat kem palarian Syria di Jordan susulan berlaku pergolakan di negara tersebut.

Dia menurunkan tandata­ngan sebelum menyerahkan jersi kepada kanak-kanak di sana.

Semasa melangsungkan perkahwinan dengan bekas Ratu Cantik Turki, Amine Gulse pada 2019, Ozil bermurah hati menjamu makan kepada 100,000 orang yang tiada tempat tinggal di 16 kem pelarian dan perlin­dungan di Turki serta Syria.

IBU Ozil, Gulizar menjadi inspirasi terbesar buatnya.

“Sebagai pemain bola sepak, saya bernasib baik dan mendapat keistimewaan. Saya dan isteri saya akan membiayai 1,000 kanak-kanak memerlukan,” ujar Ozil.

Menurut ibunya, Gulizar Ozil, Ozil mahu me­lakukan jihad peribadi sejak berjaya menandatangani kontrak mewah bersama Arsenal dari Real Madrid de­ngan nilai perpindahan 42.5 juta pound (RM232 juta) pada 2013.

“Mesut, jangan lupa, anda adalah tetamu di dunia ini.

“Allah menganugerahkan anda bakat tetapi ia tidak memberikannya kepada anda hanya untuk menjaga diri sendiri.

“Jika tidak berkongsi kemewahan dimiliki dengan orang memerlukan, Mesut bukan anak mak,” kata ibunya dalam surat tersebut yang digantung di din­ding rumah Ozil sebagai peri­ngatan.

Tahun lalu, Ozil menawar diri untuk membayar gaji ­Gunnersaurus bagi memboleh­kan maskot Arsenal itu kekal di Emirates selepas dipecat ekoran pemotongan kos akibat ­Covid-19.

OZIL menjadi hero Gunnersaurus.

Jerry Quy menjalankan tugas selaku maskot Arsenal selama 27 tahun tetapi terpaksa disingkirkan kerana tiada penyokong dibenarkan ke stadium bagi menyaksikan perlawanan.

“Saya sangat sedih Jerry Quy atau maskot kami yang popular dan terkenal Gunnersaurus yang menjadi sebahagian daripada kelab kami, tidak lagi diperlukan selepas 27 tahun.

“Kerana itu, saya menawarkan diri untuk membayar kembali kepada Arsenal dengan gaji penuh watak hijau kami itu, selagi saya bergelar pemain Arsenal.

“Jadi Jerry boleh terus melakukan tugas yang amat disa­yanginya,” ujar tulis Ozil dalam Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya