Leicester tambah derita Chelsea - Utusan Malaysia

Leicester tambah derita Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea mengalami kekalahan kelima dalam lapan perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris selepas tewas 2-0 kepada Leicester City di Stadium King Power hari ini.

Jaringan babak pertama menerusi Wilfred Ndidi dan James Maddison mengesahkan tiga mata buat skuad bimbingan Brendan Rodgers, sekali gus membolehkan mereka merampas kedudukan pendahulu.

Pada ketika Leicester melonjak ke tangga teratas, kekalahan terbaharu menyebabkan Chelsea pula menghuni tempat ketujuh, lima mata di belakang kelab tangga keempat, Liverpool.

Keputusan itu bukan saja menamatkan peluang Blues untuk muncul juara, malah menyempitkan peluang mereka mencabar kelompok empat terbaik.

Kekalahan terbaharu menambah tekanan Frank Lampard selepas berbelanja besar musim ini.

“Kami kalah kepada pasukan lebih baik. Mereka sangat tajam, lebih banyak berlari dan berkualiti.

“Pasukan kami ‘tidur’ dan tiada ketajaman. Saya bimbang kami kini selangkah ke belakang.

“Kalah dalam lima daripada lapan perlawanan terahir, Chelsea patut lebih baik daripada ini,” kata Lampard. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya