Kelab tercorot malukan United - Utusan Malaysia

Kelab tercorot malukan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Turun dengan misi merampas kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester United sebaliknya dimalukan 2-1 oleh kelab tangga tercorot, Sheffield United di laman sendiri sebentar tadi.

Anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer sudah bermula dengan langkah sumbang apabila ketinggalan 0-1 menerusi tandukan Kean Bryan pada minit ke-23.

Biarpun Harry Maguire berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-64, namun jaringan pemain gantian, Oliver Burke, 16 minit sebelum tamat permainan memberi kemenangan sensasi buat Sheffield.

PEMAIN Manchester United bagaikan tidak percaya tumpas kepada Sheffield United.

Ini kali pertama Sheffield menumpaskan United di Old Trafford sejak Disember 1973 iaitu 48 tahun lalu.

Kemenangan itu juga menamatkan rentetan lapan kekalahan berturut-turut (semua perlawanan) yang dialami The Blades.

Skuad bimbingan Chris Wilder bagaimanapun kekal di tangga tercorot dengan hanya mengutip lapan mata daripada 20 perlawanan.

United pula di tangga kedua dengan ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Manchester City yang turut memiliki kelebihan satu perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.