Jeritan 'Soares tak boleh bertahan' bayangi aksi Arsenal, United - Utusan Malaysia

Jeritan ‘Soares tak boleh bertahan’ bayangi aksi Arsenal, United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer kedengaran menjerit ke arah Marcus Rashford bahawa Cedric Soares ‘tidak boleh bertahan’ ketika dua-dua pasukan seri 0-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris pagi tadi.

Pada babak pertama yang sengit di Stadium Emirates, Rashford diarah ke sebelah kanan serangan United untuk berdepan Soares, yang bermain di posisi luar kebiasaan iaitu bek kiri ekoran ketiadaan Kieran Tierney.

Tanpa ragu-ragu Solskjaer mengarahkan Rashford untuk pergi ke arah pertahanan Arsenal itu dengan menggunakan isyarat jelas dari tepi padang.

Ada satu masa pada babak pertama, Solskjaer malah menjerit ke arah Rashford: “Marcus, dia tidak boleh bertahan. Pergi ke arahnya jika kamu mahu.”

OLE GUNNAR SOLSKJAER

Rashford memperoleh peluang keemasan untuk membuka jaringan United pada babak pertama, namun gagal menyempurnakan rembatan jarak dekat buat kali pertama.

Solskjaer yang kecewa dengan keputusan perlawanan berkata, penyerang Red Devils kurang tajam dan menyebabkan mereka kian ditinggalkan pendahulu, Manchester City yang menang 1-0 ke atas Sheffield United.

Barisan penyerang Rashford, Edinson Cavani, Anthony Martial dan Bruno Fernandes hanya menjaringkan satu gol dalam lima perlawanan terakhir liga buat United.

“Sekurang-kurangnya hari ini kami pulang tanpa bolos dan mencipta peluang yang baik.

“Begitupun selepas ini barisan serangan perlu mendapatkan gol. Kami kena lebih klinikal dan menemui jaringan,” kata Solskjaer

Satu mata sekurang-kurangnya membolehkan United mengekalkan rekod tanpa kalah 18 perlawanan di tempat lawan dalam liga, memperbaharui catatan kelab dilakukan Alex Ferguson pada 1998/99.

Arsenal pula hampir memperoleh gol menerusi sepakan bebas Alexandre Lacazette yang terkena palang pada babak kedua, sekali gus ditinggalkan enam mata di belakang pasukan kelompok empat terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya