JDT sambar pemain Wolves - Utusan Malaysia

JDT sambar pemain Wolves

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mencapai persetujuan untuk menandatangani pemain kacukan Malaysia, Nathaniel Shio Hong Wan dari kelab Liga Perdana Inggeris, Wolverhampton Wanderers.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi kelab itu memberitahu, perjanjian itu bagaimanapun tertakluk kepada kejayaan permohonan kerakyatan Malaysia pemain itu.

ini

“Perjanjian ini tertakluk kepada kejayaan permohonan kerakyatan Malaysia dan akan bermula apabila kontrak semasa beliau tamat pada bulan Jun,” katanya ringkas.

Hong Wan yang berusia 21 tahun dan merupakan warganegara Britain itu mula bermain bersama kelab Wolverhampton Wanderers sejak 1 Julai 2019.

Pada Disember 2019, pemain yang bermain di posisi tengah itu pernah memaklumkan dia tidak menolak untuk menyarung jersi negara suatu hari nanti.

Difahamkan, Hong Wan boleh memilih untuk menyarung jersi Harimau Malaya menerusi ibunya seorang warganegara kelahiran Tangkak, Johor.

Dia yang dilahirkan di Croydon, England pada 17 Ogos 2000 juga layak untuk mewakili negara berkenaan, selain China yang merupakan negara kelahirannya bapanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya