Impian emas Olimpik Jijoe - Utusan Malaysia

Impian emas Olimpik Jijoe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas meraih gangsa pada 2016, jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang memasang azam untuk menukar pingat tersebut kepada emas dalam Sukan Olimpik di Tokyo tahun ini.

Pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu berdoa urusannya untuk menghadiahkan emas Olimpik pertama buat Malaysia berjalan dengan lancar.

“Harapan saya pada 2021 adalah semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk mengharungi segala cabaran yang bakal ditempuhi.

“Saya berdoa sulaya Allah mempermudahkan segala persiapan dan perjalanan ke Sukan Olimpik 2021 Tokyo dan memberikan pingat emas buat saya dan kontinjen negara,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika berkongsi mengenai harapan Tahun Baharu 2021.

Semalam, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail memberitahu Utusan Malaysia, berbasikal, terjun dan badminton menjadi sandaran untuk membawa pulang pingat pada temasya Tokyo yang ditunda ke 23 Julai hingga 8 Ogos.

Biarpun sukan dunia dibadai pandemik Covid-19, namun persiapan Azizulhasni, yang mesra dipanggil Jijoe dan seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sharom berada pada landasan terbaik.

Selepas hampir 10 bulan tidak beraksi secara kompetitif, Azizulhasni membuktikan kayuhannya masih berbisa apabila memenangi emas keirin pada Kejohanan Basikal Trek Kebangsaan Australia di Brisbane, 20 Disember lalu.

Dia yang berlatih di Melbourne mengatasi pencabarnya, Matt Glaetzer dari Australia, manakala Shah Firdaus meraih gangsa.

Kejayaan Azizulhasni dan Shah Firdaus meningkatkan keyakinan kem berbasikal Malaysia untuk menghadapi Sukan Olimpik yang sepatutnya berlangsung tahun lalu tetapi ditunda akibat Covid-19.

Sementara itu kata Azizulhasni, 32, beliau berharap Malaysia dan seluruh dunia akhirnya ‘bersih’ daripada Covid-19, dan 2021 kembali membawa sinar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.