Fulham buat Tottenham terkedu - Utusan Malaysia

Fulham buat Tottenham terkedu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Fulham memaksa Tottenham membayar harga tinggi apabila jaringan lewat permainan Ivan Cavaleiro mengikat Spurs 1-1, sekali gus merencatkan impian mereka untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Pengendali Spurs, Jose Mourinho sebelum itu berperang mulut dengan pengurus Fulham, Scott Parker selepas penganjur menjadualkan semula pertemuan dua kelab London tersebut dalam tempoh singkat.

Dalam aksi di Stadium Tottenham Hotspur pagi tadi, kapten, Harry Kane meletakkan Tottenham di depan pada babak pertama, namun Cavaleiro meledak di hujung saingan yang membuatkan Mourinho kecewa.

Spurs hanya memenangi dua daripada lapan perlawanan terakhir dan kini menduduki tangga keenam liga.

Jika berjaya mengalahkan pasukan bawahan, Fulham, ia akan membawa mereka melonjak ke tangga ketiga mengatasi Manchester City yang melakar kemenangan keempat berturut-turut selepas menewaskan Brighton 1-0.

PEMAIN Tottenham, Son Heung-min (kanan) kecewa Spurs diikat Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris di London tadi ini. 

Pertemuan Tottenham dan Fulham pada asalnya berlangsung Disember lalu, namun ditangguhkan sebelum dijadualkan semula hari ini dengan notis singkat.

Parker menyifatkan ia adalah keputusan yang penuh ‘skandal’ dengan tujuan untuk memberi lebih ruang buat Spurs membuat persiapan.

Mourinho membalas kenyataan itu dengan menyindir, beliau hanya bersimpati dengan Fulham jika membariskan pasukan lemah.

“Jika mereka tampil dengan pasukan terbaik, saya rasa mereka patut meminta maaf kepada kami,” kata Mourinho.

Begitupun Fulham menyahut cabaran Mourinho dengan membariskan pasukan utama dalam perlawanan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya