Empat setuju, Vietnam 'membisu' - Utusan Malaysia

Empat setuju, Vietnam ‘membisu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Empat daripada lima pasukan dalam Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bersetuju meminda tarikh baki perlawanan ke Jun.

Indonesia, Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia bersetuju dengan tarikh baharu, manakala pendahulu kumpulan, Vietnam belum memberi sebarang jawapan.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebelum ini memberi kebenaran kepada semua pasukan dalam kempen kelayakan untuk berbincang dan memutuskan sama ada baki perlawanan mahu diteruskan mengikut jadual asal atau tidak.

“Saya akan hubungi persatuan keempat (Vietnam) untuk bincangkan perkara itu hari ini (semalam) dan mudah-mudahan mereka akan faham bahawa Jun adalah masa paling tepat untuk semua pasukan bersedia berbanding Mac.

“Ini kerana akan ada kekangan untuk tidak mengizinkan negara tertentu, bukan hanya Malaysia (seperti larangan perjalanan antarabangsa, kemasukan orang luar dalam negara dan sebagainya),” katanya.

Jika keputusan itu mencapai kata sepakat, bermakna skuad kendalian Tan Cheng Hoe bakal bermain tiga perlawanan pada Jun dengan tarikh akhir untuk semua perlawanan dihabiskan adalah 15 Jun.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan menentang UAE pada 25 Mac di gelanggang lawan dan Vietnam (30 Mac) di Kuala Lumpur sebelum menamatkan perlawanan terakhir Kumpulan G di Bangkok berdepan Thailand (15 Jun).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya