Chelsea lega akhirnya menang - Utusan Malaysia

Chelsea lega akhirnya menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Frank Lampard lega Chelsea kembali melakar kemenangan, berterima kasih kepada gol tunggal Mason Mount ketika menewaskan Fulham 1-0 hari ini.

Chelsea menduduki tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris sebelum sepak mula selepas hanya melakar satu kemenangan daripada enam perlawanan terakhir, sekali gus menyaksikan kedudukan Lampard sebagai pengurus terjejas.

Bagaimanapun kad merah yang dilayangkan kepada pemain Fulham, Antonee Robinson pada babak pertama membuka laluan buat anak-anak buah Lampard melakar kemenangan.

Blues bagaimanapun tetap bergelut  mencari gol sebelum rembatan rendah Mount pada minit ke-78 memecah kebuntuan untuk memberi kemenangan kepada pelawat.

“Kami tidak boleh anggap semuanya (masalah) sudah selesai kerana kami memerlukan lebih banyak kemenangan.

“Saya sering katakan kami sedang melalui proses transisi. Kami sedar ada ramai pemain baharu dan sedang mencari jalan penyelesaian tapi dalam masa sama, kami perlu mendapatkan mata.

“Ia permulaan yang baik daripada laluan yang sukar,” kata Lampard.

Biarpun membawa masuk ramai nama-nama besar bernilai jutaan ringgit seperti Kai Havertz, Timo Werner serta Hakim Ziyech, namun Mount terus meyakinkan Lampard. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya