Auba 'hilang' kerana menjaga ibu sakit - Utusan Malaysia

Auba ‘hilang’ kerana menjaga ibu sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pierre-Emerick Aubameyang hari ini menjelaskan, menjaga ibunya yang sakit adalah punca dia terlepas dua perlawanan penting Arsenal.

Dalam perlawanan pertama yang berlangsung tanpa kapten Arsenal itu Sabtu lalu, Gunners tersingkir dari saingan Piala FA selepas kalah 0-1 kepada Southampton.

Skuad bimbingan Mikel Arteta  bagaimanapun membalas dendam apabila mengalahkan Southampton 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam.

“Ibu saya berdepan masalah kesihatan dan saya perlu berada di sisinya.

“Saya berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang membantunya melalui detik sukar ini.

“Kini kesihatan ibu saya sudah semakin baik,” tulis penyerang berusia 31 tahun itu dalam media sosial.

Arteta sebelum ini berkata, dia mendedikasikan kemenangan ke atas Southampton kepada Aubameyang yang sedang berdepan detik sukar.

Kepulanhan penyerang Gabon itu memberi kelegaan buat Arsenal yang bakal menerima kunjungan Manchester United, Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya