Arsenal tersingkir dari Piala FA - Utusan Malaysia

Arsenal tersingkir dari Piala FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara bertahan, Arsenal ditunjukkan jalan keluar dari Piala FA selepas tumpas 0-1 kepada Southampton pada pusingan keempat sebentar tadi.

Jaringan sendiri pemain pertahanan Arsenal, Gabriel yang tertampan bola hantaran Kyle Walker-Peters pada minit ke-24 mengesahkan kemenangan The Saints di Stadium St. Mary’s.

Mikel Arteta merehatkan bintang penyerang, Pierre-Emerick Aubameyang dan Emile Smith Rowe, manakala Bukayo Saka hanya dibawa masuk pada babak kedua.

Menanti Southampton pada pusingan kelima adalah satu lagi kelab Liga Perdana, Wolverhampton yang menang tipis 1-0 ke atas kelab liga bawahan Chorley, pagi tadi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya