fbpx

Aaron-Wooi Yik ke final Terbuka Thailand

KUALA LUMPUR:  Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengesahkan tempat ke perlawanan akhir kejohanan badminton Terbuka Thailand selepas menewaskan pasangan India hari ini.

Dalam aksi di Impact Arena, Bangkok itu, bekas naib juara All England itu mudah mengetepikan cabaran Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-18, 21-18 dalam aksi separuh akhir.

Keputusan itu menyaksikan mereka bakal membuat perhitungan dengan pilihan keenam dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin yang menewaskan pilihan kedua dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan 14-21, 22-20, 21-12.

Sementara itu, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean gagal meneruskan kemaraan ke final beregu wanita selepas tewas 17-21, 6-21 kepada pilihan keempat dari Korea Selatan, Kim So Yeong-Hong Hee Yong.

Gandingan beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See pula akan turun menentang pilihan keempat juga dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yujung, sebentar lagi.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN